Khamis, 20 Mei 2010

BORANG KEAHLIAN MAPIM

Sebarang pertanyaan untuk menjadi ahli atau mendapatkan borang ahli boleh menghubungi Setiausaha Kehormat MAPIM Negeri Perak, Sdra. Mohd Suhaimi Mohammed Royani di talian 019- 4250366.

Rabu, 19 Mei 2010

ANEKA RAGAM PROGRAM 'KELUARGA@KERJA' DAERAH HILIR PERAK


Antara peserta yang sempat bergambar di akhir program


Tujuan Program
Adalah untuk memantapkan institusi kekeluargaan bagi ibubapa yang bekerja di pelbagai sektora awam dan swasta di samping tanggungjawab kepada keluarga.

Tarikh : 6 Mei 2010 (Khamis) 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Rumah Rehat, Teluk Intan

Pada 26 April 2010 Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perak menghantar surat ke Ketua-Ketua Jabatan terpilih Daerah Hilir Perak untuk penyertaan program.

1. Majlis Perbandaran Teluk Intan (Tawaran 20 hadir program 15 peserta)

2. Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak (Tawaran 5 hadir program 8 peserta)

3. Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak (Tawaran 10 hadir program 9 peserta )

4. JPS Hilir Perak (Tawaran 20 hadir program 15 peserta )

5. Pejabat Pelajaran Daerah (Tawaran 10 hadir program 10 peserta )

6. Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga Tk. Intan (Tawaran 20 hadir program 22 )

7. AJK MAPIM Perak & Hilir Perak (Tawaran 10 hadir program 19 peserta)

8. Hospital Daerah (Tawaran 5 hadir program 3 peserta)

9. JKR Daerah (Tawaran 10 hadir program 0 )

Jumlah Peserta keseluruhan 101 peserta, sepatutnya 1 program 60 peserta sahaja.

Penyertaan adalah percuma dan peserta dibekalkan dengan bahan bercetak dari LPPKN yg bernilai RM 30 seorang yg telah ditolak dari peruntukan yg disediakan utk penganjuran program. Diakhir program peserta telah di beri sijil penyertaan. Program berbentuk bengkel di kendalikan oleh 4 org jurulatih MAPIM yg telah mendapat latihan awal dari LPPKN dan di pantau oleh Penyelaras Program dari MAPIM Kebangsaan Ybhg Datin Seri Ismalina Ismail. Program yang terbahagi kepada 5 sesi cukup meriah dengan gelagat peserta dalam pembentangan kumpulan. Majlis Perasmian Penutup program Keluarga@kerja telah di sempurnakan oleh Tn. Hj. Ayub Mohamed, YDP MAPIM Perak merangkap Naib Presiden MAPIM Kebangsaan.







































Jumaat, 30 April 2010

MESYUARAT AGUNG MAPIM DAERAH MANJUNG 2010










Mesyuarat Agung tahunan MAPIM Daerah Manjung telah dirasmikan oleh En. Md. Yusuf Alang Ahmad yang turut di hadiri oleh En. Mohd Suhaimi Setiausaha Kehormat MAPIM Negeri Perak.
Antara program MAPIM yang akan Berlangsung bermula dari bulan Mei


5 Mei 2010 Mesyuarat Khas Jawatankuasa MAPIM Negeri Perak
Tempat : Rumah Rehat Teluk Intan.
Masa : 8.30 malam
6 Mei 2010 Program Parenting@work MAPIM Perak bersama LPPKN
Tempat : Dewan Besar Rumah Rehat Teluk Intan
Masa : 8 pg - 5.00 petang
Peserta : Kakitangan Kerajaan dari Jabatan Pelajaran, Polis
MPTI, JPS, Pej. Daerah dan Majlis Pembangunan Wanita
Dan Keluarga Parlimen Teluk Intan
9 Mei 2010 Program Parenting@work MAPIM Pulau Pinang
Tempat : Hotel Seri Malaysia Kepala Batas
Tn. Hj. Ayub menutup Program.


7 hb Jun 2010 Program Parenting@work MAPIM Perak ke 2
Tempat : Sungai Siput


27 Mei 2010 MAPIM Hilir Perak bersama PPD Hilir Perak
Majlis Bacaan Yassin sempena Hari Guru di Masjidut Taqwa Padang Tembak


Mesyuarat Agung Perwakilan MAPIM Negeri Perak
Tarikh : Bulan Julai
Tempat : Manjung
Seminar Kekeluargaan MAPIM Daerah Hilir Perak bersama
Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak
Tarikh : 26 Jun 2010
Tempat : Dewan Besar Rumah Rehat