Rabu, 30 Disember 2009

PERSIDANGAN AGUNG PERWAKILAN MAPIM KEBANGSAAN 2009



























Tuan Hj. Ayub menerima cek sumbangan Yayasan Negeri Perak ke pada MAPIM Perak dari YB Dato' Nazri Ismail

Antara Barisan Perwakilan MAPIM Negeri Perak


Antara Gambar Mesyuarat Agung MAPIM Kebangsaan.
Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, pada 25 Disember 2009 telah berlansung satu sejarah bagi MAPIM Perak di mana telah mendapat mandat sebagai tuan rumah Mesyuarat Agung Perwakilan MAPIM Kebangsaan 2009. Mesyuarat yang di rasmikan oleh YB Dato' Nazri Ismail ADUN Manjoi yang juga Pengerusi Yayasan Perak telah diadakan pada jam 8.45 malam pada 25 Disember 2009 yang di hadiri hampir 200 perwakilan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada Majlis Perasmian itu juga MAPIM Perak telah mendapat kejutan dimana YB Dato' Nazri telah sudi menyampaikan Sumbangan dari Yayasan Perak sebanyak RM5000.00 yang di terima oleh Tn. Hj. Ayub Mohamad dan berjanji Yayasan bersedia membantu MAPIM Pada program seterusnya.

Khamis, 10 Disember 2009

MAPIM DAN JASA BERSEPAKAT

2 tunggak : Hj. Ayub(MAPIM), Hj. Mohamad Add. Rahim (JASA)

Pendapat di beri, Cara dibincang, Keputusan di cari , Program perasmian MB yang datang.

Perbincangan bersama antara MAPIM Perak dengan JASA

Perbincangan persedian pesiapan Konvensyen Kekeluargaan antara MAPIM dengan JASA di Pejabat JASA telah diadakan pada 09 Disember 2009 jam 2.30 petang dimana banyak persepakatan di bentuk untuk bersama di Konvensyen Kekeluargaan pada 26 Disember 2009 yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Dr. Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak.

MAJLIS KUNJUNG HORMAT KE ATAS YB MOHAMMAD ZAHIR BIN DATO' ABD KALID AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK

Antara rombongan Kunjung Hormat MAPIM bersama YB Mohammad Zahir

Majlis Taklimat MAPIM Perak bersama YB Mohammad Zahir

Ayub mengadakan perbincangan bersama Naib YDP Ibu MAPIM Perak di lobi Pejabat SUK Perak

Majlis Kunjung Hormat ke Atas YB. Mohammad Zahir bin Dato' Abd Kalid telah di adakan di pejabat beliau yang terletak di Bangunan SUK Negeri Perak pada 09 Disember 2009. Dalam Majlis itu MAPIM telah melantik YB Mohammad Zahir sebagai Penasihat MAPIM Perak. Yb Mohammad Zahir juga besedia membantu MAPIM dalam sebarang program yang di rancang dan sanggup bekerjasama jika perlu.

Selasa, 1 Disember 2009

KEM RAKAN REMAJA RAKAN PATIOTISME 2009 MAPIM























Kampar- Bertempat di Kem Rakan Muda Kampar, pada 13,14 dan 15 November 2009 telah diadakan Program Kem Rakan Remaja Rakan Patriotisme 2009 anjuran MAPIM Negeri Perak bersama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan Gerakan 4 B Kampar. Seramai hampir 150 peserta yang datang dari IKBN Seri Iskandar, Kolej Seri Ayu dan Kolej Manora mengambil bahagian yang dikelolakan oleh 17 urusetia dari IKSEP.

JAWATANKUASA PELAKSANAAN KONVENSYEN MAPIM 2009 DI IPOH

JAWATANKUASA PELAKSANAAN KONVENSYEN MAPIM 2009 DI IPOH
SELEPAS MESYUARAT DI KEM RAKAN MUDA KAMPAR

Datin Ismalina hadir sama dalam mesyuarat

Datuk mempengerusi mesyuarat di Kem Rakan Muda Kampar


Antara ahli mesyuarat yang turut hadir

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Kampar pada 14 Noveember 2009 telah diadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan persiapan Mesyuarat Agung MAPIM Kebangsaan dan Konvensyen MAPIM Kebangsaan 2009 di Ipoh Perak pada pada 25 & 26 Disember 2009 di Politiknik Ungku Omar Ipoh. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Datuk Jamil Mukmin Priseden MAPIM Kebangsaan itu turut dihadiri oleh Wakil Pengarah JASA Perak Pn. Natrah, Setiausaha Agung MAPIM Kebangsaan Tn. Hj. Aziz Ujang dan Penolong Petiausaha En. Nawawi serta Datin Ismalina Ketua Briged Putri MAPIM Kebangsaan, hampir keseluruhan AJK MAPIM Perak hadir sama.
Mesyuarat yang diadakan besemperna KEM RAKAN REMAJA RAKAN PATRIOTISME anjuran MAPIM Perak bersama IKSEP turut dihadiri oleh Sdra. Amran Alang Ahmad Pengerusi Belia 4B Kampar.

Selasa, 10 November 2009

MAJLIS KUNJUNG HORMAT KE ATAS PENGARAH YAYASAN PERAK

Sidang akbar selepas sesi taklimat bersama YB Dato' Nazri Ismail


Bersama YB Dato' Nazri Ismail Pengarah Yayasan Perak

Taklimat kepada YB Dato' Nazri di sampaikan oleh Tn.Hj. Ayub

Seramai 7 Jawatan kuasa MAPIM Negeri Perak telah mengadakan kunjung hormat ke atas YB Dato' Nazri Ismail, Pengarah Yayasan Perak di pejabatnya pada 10 November 2009 jam 9.30 pagi.
Kunjungan yang di ketuai oleh Tn. Hj. Ayub Mohamad, Hjh Zainun Abu Mansur, Mohd Suhaimi Mohammed Royani, Sharudin Deli, Muzakir Dimen, Mohd Hanif Abd Aziz dan Saudara Zainal telah mengadakan taklimat ringkas di bilik mesyuarat Yayasan Perak bersama YB Dato'.
Dalam taklimat ringkas MAPIM yang disampaikan oleh Hj. Ayub kepada YB Dato' menjelaskan hala tuju dan objektif MAPIM serta aktiviti sebelum ini dan akan datang. MAPIM juga menjemput YB Dato' untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MAPIM Kebangsaan pada 25 Disember 2009 di Hotel Seri Malaysia Ipoh.
Dalam ucapan balas YB Dato' dilihat berminat dengan objektif MAPIM dan menyarankan agar MAPIM Perak dapat menganjurkan satu program berbentuk seminar atau bengkel yang menjurus dalam bentuk penerangan atau bimbingan kepada sesebuah keluarga untuk mendidik anak dari kanak-kanak menuju kecemerlangan masa depan terutama remaja baru berkahwin.
YB Dato' meminta MAPIM mengemukakan kertas kerja dan modiul untuk beliau lihat dan meluluskan bantuan program. MAPIM juga diminta merangka 3 program untuk Yayasan Perak bantu dalam penganjuran dan diakhirnya beliau mengingatkan agar MAPIM menjalankan jalinan kerjasama dengan wakil rakyat kerajaan.

Rabu, 14 Oktober 2009

Takwim Program MAPIM Perak



TAKWIM PROGRAM MAPIM PERAK

Majlis Kunjung Hormat Bersama MB Perak
12 Ogos 2009
Pejabat SUK - Pejabat MB Perak
21 orang AJK MAPIM Perak dan 6 orang MKT MAPIM Kebangsaan ikut serta.

Majlis Berbuka Puasa MAPIM Daerah Kampar
4 / 9 / 2009
Surau Malim Nawar


Majlis Berbuka Puasa MAPIM Daerah Hilir Perak
13 / 9 / 2009
Masjid Masjidut Taqwa

Jemputan Pemantauan Mesyuarat Agung MAPIM Selangor
13 / 9 / 2009
Hotel Selangor
Perak di Wakili Hj. Suhaimi

Jamuaan Hari Raya MAPIM Hilir Perak
11 / 10 / 2009
Dataran Masjid Masjidut Taqwa
9 pg – 11 pg

Mesyuarat AJK MAPIM Perak Bil. 1/2009-2011
11 / 10 / 2009 (11.30 pg)
Bilik Gerakan Masjid Masjidut Taqwa

Jamuan Hari Raya MAPIM Kampar
17 / 10 / 2009 (8 malam)
Rumah Cikgu Yusuf Malim Nawar

Mesyuarat Pengelolaan Kem Remaja MAPIM Perak bersama IKSEP
24 /10 / 2009 ( 8 malam)
Kelab Rakan Muda Kampar

Jamuan Hari Raya MAPIM Kinta dan program Motivasi
24 /10 /2009
Sk Jelapang, Kinta
Mesyuarat MKT MAPIM Kebangsaan & Mesyuarat Agong Koperasi KOMIM
Bertempat di MITC ANCASA Hotel
30 Oktober 2009
Kehadiran, Tn. Hj. Ayub Mohamad, YDP Perak - Tn. Hj Ahmad Suhaimi Hj. Ariffin Timb. YDP Perak dan En. Mohd Suhaimi Mohammed Royani SU MAPIM Perak

KEM Remaja Patriotik
anjuran bersama MAPIM Perak bersama IKSEP
22 Oktober 2009 jam 5.00 ptg
Mesyuarat Khas dan Taklimat KEM Remaja
Tempat : Grand Hotel Kampar
Tarikh Kem : 13 & 14 November 2009
bertempat di Kelab Rakan Muda Kampar
Sasaran 150 peserta
Mesyuarat Konvensyen Kekeluargaan dan Pembentukan
Jawatankuasa Pengelola Dan Pelaksanaan Konvensyen
13 November 2009
Kem Rakan Muda Kampar
Datuk Priseden MAPIM Kebangsaan hadir sama.
Kunjung Hormat Ke Atas YB Dato' Nazri Ismail
Pengurus Besar Yayasan Perak
10 November 2009
Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kecil Konvensyen
1 Disember 2009
Hotel Sri Malaysia Ipoh
Majlis Kunjung Hormat Ke Atas YB Dato'Mohammad Zahir Dato' Abd Kadir
Exco Pelajaran, ICT Negeri Perak
09 Disember 2009
Bangunan SUK Perak( 11.pagi)
Mesyuarat Persedian Konvensyen Kekeluargaan
MAPIM Perak Dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
09 Disember 2009 ( 2.30 ptg)
Pejabat JASA Perak
Mesyuarat Pengurusan Konvensyen Kekeluargaan
MAPIM Perak dan MAPIM Kebangsaan
14 Disember 2009
Hotel Seri Malaysia( 12.00 tghari)
Taklimat Persiapan Konvensyen Oleh JASA dan MAPIM
14 Disember 2009
Pejabat JASA (2.30 ptg)
Taklimat Konvensyen Bersama NGO-NGO Perak
14 Disember 2009
Pejabat JASA (5.00 ptg)
Konvensyen MAPIM Kebangsaan dan Mesyuarat Agung MAPIM Kebangsaan
25 & 26 Disember 2009
Konvensyen di Dewan Politiknik Ungku Omar Ipoh
(Perasmian Menteri Besar Perak)
26/12/2009 Tuan/Puan dijemput hadir
Mesyuarat di Hotel (Sri Malaysia) 25/12/2009 jam 8.00 malam

Ahad, 11 Oktober 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA MAPIM NEGERI PERAK BIL. 1 /2009-2011








Berlangsung di Bilik Gerakan Masjid Masjidut Taqwa Teluk Intan sempena Jamuan Hariraya Aidilfitri Anjuran MAPIM Hilir Perak telah diadakan Mesyuarat Jawatan Kuasa MAPIM Perak Bil. 1/2009-2011 selepas jamuan pada jam 11.00 pagi. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Tn Hj. Ayub bagi membincangkan program Kem Remaja yang akan diadakan di Pusat Rakan Muda Kampar anjuran bersama MAPIM Perak dan IKSEP pada bulan November dan Konvensyen MAPIM Kebangsaan pada bulan Disember.

JAMUAN HARI RAYA ANJURAN BERSAMA MAPIM HILIR PERAK DAN AJK MASJIDUT TAQWA TELUK INTAN

AJK Penganjuran MAPIM dan Masjidut Taqwa










Duit raya untuk kanak-kanak























Hadirin sedang menikmati jamuan







Sumbangan dan Cenderahati kepada imam dan bilal

Tuan Hj. Ayub sedang menyampaikan ucapan
Bertempat di Dataran Masjid Masjidut Taqwa Teluk Intan talah berlansung Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama MAPIM Daerah Hilir Perak dan AJK Masjid Masjidut Taqwa Teluk Intan. Turut hadir dimajlis ini ialah Penyelaras Masjid Daerah Manjung Ustaz Khairani dan Ketua Kampung Padang Tembak Tn. Hj. Sharoji. Seramai 700 lebih hadir di majlis ini walaupun cuaca mendung dan di ikuti hujan sewaktu pertengahan program. Tidak ketinggalan juga duit raya kepada 100 lebih kanak-kanak yang hadir telah disampaikan. Antara juadah hidangan ialah lemang, nasi impit, mee goreng,rendang,ais krim, agar-agar, tembikai. Semua juadah disediakan secara bergotong-royong.

Rabu, 16 September 2009

Penglibatan MAPIM Perak dalam Program MAPIM Kebangsaan

Perwakilan Perak bersama Datuk Presiden dan Timbalan Datuk Presiden MAPIM Kebangsaan di Konvensyen Tahunan MAPIM Kebangsaan di Palma Hotel Ampang 2008.

Perwakilan MAPIM Perak bergambar selepas Persidangan Tahunan Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti pada 27 - 29 November 2008 di A' Famosa Resort Melaka
























Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim
Dan Keluarga Miskin serta Majlis Berbuka Puasa
13 September 2009

Lebih 200 orang telah menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim Dan Keluarga Miskin serta Majlis Berbuka Puasa anjuran Bersama MAPIM Hilir Perak dengan Masjid At-Taqwa Padang Tembak pada 13 September 2009. Hadir sama Setiausaha Kehormat MAPIM Perak. Seramai 30 orang anak yatim Khariah Masjid At-Taqwa terpilih menerima sumbangan duit raya dan 19 keluarga miskin terpilih mendapat sumbangan duit raya dan beras. Sumbangan di sampaikan oleh Pengerusi Masjid dan Ketua Imam Masjid.