Isnin, 15 Ogos 2011

SEMINAR & MOTIVASI KEIBUBAPAAN (LADAP PERDANA KAKITANGAN KERAJAAN HILIR PERAK) ANJURAN MAPIM DAERAH HILIR PERAK


Teluk Intan, bertempat di Dewan Rumah Rehat, Bandar Baru, Teluk Intan pada 7 hb Mei 2011 (Sabtu) telah berlangsung Seminar & Motivasi anjuran MAPIM Daerah Hilir Perak yang diumimkan sebagai LADAP Perdana oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian Jabatan Pelajaran Negeri Perak Tn. Hj. Zulkurnaini bin Hussin dalam perasmian program.

Program yang di hadiri oleh hampir 600 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk kehadiran wajib kepada staf dan kakitangan sekolah yang menawarkan diri untuk penyertaan dan kerjasama menganjurkan program antaranya SMK Seri Setia Padang Tembak, SMK Seri Perak, SMK Seri Kandi, SM Sains Teluk Intan, SK Sultan Idris II serta beberapa sekolah yang menghantar wakil untuk hadir.

Selasa, 24 Mei 2011

MAKAN MALAM DAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAPIM DAERAH HILIR PERAK KE 3 BAGI TAHUN 2011



























































Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan MAPIM Daerah Hilir Perak Ke 3 2011 telah diadakan di Rumah Rehat Teluk Intan pada 6 hb Mei 2011 jam 9 malam. Perasmian Mesyuarat Tahunan telah di sempurnakan oleh En. Yusuf Alang Ahmad Pengerusi Koperasi Muafakat Ibubapa Perak Berhad merangkap Naib YDP MAPIM Negeri Perak. Antara tetamu yg hadir ialah Pengerusi MAPIM Kawasan Sungai Siput En. Muzakir dan AJK, En. Hanif AJK MAPIM Negeri dan En. Rashid Napiah Pengerusi MAPIM Parit. Sempena majlis dan mesyuarat itu juga MAPIM Daerah Hilir Perak telah menyampaikan Watikah Pelantikan kepada wartawan Berita Harian dan Sinar Harian sebagai Rakan MEDIA kepada MAPIM.

KURSUS MOTIVASI & KEIBUBAPAAN ANGGOTA MPTI KUMPULAN PERTAMA PADA 23,24 & 28 FEB 2011









































































Bertempat di Dewan Rumah Rehat, Majlis Perbandaran Teluk Intan telah diadakan program bersama antara Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dan MAPIM Daerah Hilir Perak. Hasil perbincangan antara Tn. Hj. Ayub dan pengurusan MPTI maka persetujuan di buat dimana MPTI mempunyai 250 anggota di bahagi kepada 5 kumpulan diwajibkan hadir Kursus Motivasi Ke Arah Kecemerlangan Keibubapaan yang di kendalikan oleh MAPIM Daerah Hilir Perak. Perasmian penutup bagi Kumpulan pertama di sempurnakan oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Ahmad YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan.

KURSUS MOTIVASI & KEIBUBAPAAN ANGGOTA MPTI SESI 2 (27-29 APRIL 2011 )

































































































Kumpulan Ke 2 Anggota Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) hadir Kursus Motivasi Ke Arah Kecemerlangan Keibubapaan yang di kendalikan oleh MAPIM Daerah Hilir Perak. Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Ybhg Sdra Khairul Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan mewakili YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi.

Rabu, 9 Februari 2011

MAPIM Daerah Hilir Perak Merangkul Anugerah MAPIM Kebangsaan 2010





























Bertempat di UTM Sekudai, Johor telah berkampung Perwakilan MAPIM Kebangsaan dari semua Negeri termasuk Sabah dan Sarawak selama 2 hari 1 Malam pada 17 & 18 Disember 2010 yang lalu.

MAPIM NEGERI DAN DAERAH TERIMA ANUGERAH

Anugerah Khas MAPIM Kebangsaan - MAPIM Negeri Cemerlang 2009

Anugerah MAPIM Kebangsaan - MAPIM Daerah Cemerlang 2009

Ipoh ;- Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perak dan Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Daerah Kampar, Perak meraih gelaran Anugarah Khas MAPIM Terbaik antara negeri dan antara daerah peringkat Kebangsaan.

Buat pertama kalinya anugerah ini di perkenalkan untuk memberi perangsang kepada setiap MAPIM negeri-negeri dan MAPIM daerah-daerah berusaha dengan lebih aktif menganjurkan pelbagai program.

Hadiah yang disampaikan oleh YAB Dato’ Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Besar Perak di Perasmian Konvensyen Kekeluargaan MAPIM Kebangsaan di Dewan Politiknik Ungku Omar Ipoh kepada Tn. Hj. Ayub Mohamed mewakili MAPIM Negeri Perak dan En. Md Yusuf Alang Ahmad mewakili MAPIM Daerah Kampar yang turut di saksikan oleh Presiden MAPIM Kebangsaan dan YB Dato’ Mohamad Zahir Dato’ Mohd Khalid Penasihat MAPIM Negeri Perak.

”Penganugerahan ini kepada MAPIM Perak dan MAPIM Daerah Kampar bukan kerana Negeri Perak menjadi tuan rumah, tetapi sememangnya dari pemantauan MAPIM Kebangsaan mendapati MAPIM Perak dan MAPIM Daerah Kampar memenuhi kateria pemilihan yang ditetapkan.” kata Datuk Dr. Jamil Presiden MAPIM Kebangsaan sewaktu mengumumkan keputusan dalam ucapan terdahulunya.

Kata-kata ini diulangi kembali oleh Yang Berbahagia Datuk Presiden sewaktu berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan MAPIM Negeri Perak pada 17 Oktober 2010 yang di rasmikan oleh En. Majid bin Ramli Timb. Pengarah JASA Negeri Perak mewakili YB Dato’ Mohamad Zahir Dato’ Mohd Khalid, Exco Pelajaran Negeri Perak.

Mesyuarat Pengelola Bacaan Yasin Perdana

Timbalan Presiden MAPIM Kebangsaan












Teluk Intan ;- Peperiksaan awam bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah merupakan satu penilaian kepada seseorang pelajar dalam kemajuan pelajaran yang di terima di sekolah.

Bagi pelajar di sekolah rendah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diduduki oleh pelajar tahun 6 adalah satu cara menilai tahap pencapaian atau kecenderungan pelajar itu untuk meneruskan pelajaran di tahap menengah sama ada Sekolah Harian Biasa atau Sekolah Berasrama Penuh. Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah formula untuk menentukan jurusan pelajar di tingkatan empat sama ada Kelas Sains, Sastera, Vokasional atau yang cemerlang akan mendapat tawaran ke Sekolah terkawal atau institusi seperti MRSM, Politiknik serta sekolah berasrama penuh.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah penentu kepada seseorang pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Kerajaan atau Swasta. Kejayaan cemerlang seseorang pelajar itu boleh melayakkannya melanjutkan pelajaran ke luar Negara dengan mendapat tajaan biasiswa dari pelbagai badan atau kerajaan.

Atas kesedaran ini Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Daerah Hilir Perak cuba membantu pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah, Keluarga dan Pelajar Islam dengan menganjurkan program Bacaan Yassin Perdana Peringkat Daerah Hilir Perak.

Bertempat di Bilik Mesyuarat Masjidut Taqwa, Padang Tembak Teluk Intan pada 30 Julai 2010 satu Mesyuarat Penyelarasan Bacaan Yassin Perdana Peringkat Daerah Hilir Perak anjuran bersama MAPIM Daerah Hilir Perak dan Pengurusan Masjid Taqwa telah diadakan bersama 10 buah sekolah menengah dan rendah.

Mesyuarat yang di Pengerusikan oleh Tn. Hj. Ayub Mohamed Pengerusi MAPIM Daerah telah mendapat respon yang amat baik dari pihak sekolah yang hadir keatas penganjuran program. Program yang dicadang untuk diadakan di Masjid Masjidut Taqwa Padang Tembak Teluk Intan pada mulanya di tetapkan pada 6 September 2010 namun dipercepatkan pada 30 Ogos 2010 atas persetujuan beberapa sekolah.

Diakhir mesyuarat, beberapa sekolah juga bersetuju agar program dijadikan program tahunan dengan mencadangkan MAPIM sebagai penganjur. Program pertama ini yang dibiayai separuh dari MAPIM dan separuh dari Pengurusan Masjid juga bersetuju untuk menerima sumbangan dari luar dan kerjasama dari mana-mana pihak pada masa hadapan. Mesyuarat juga bersetuju melantik Tn. Hj. Ayub selaku pengerusi dan En. Mohd Suhaimi Mohd Royani Setiausaha Kehormat MAPIM Perak selaku Setiausaha program.