Selasa, 10 November 2009

MAJLIS KUNJUNG HORMAT KE ATAS PENGARAH YAYASAN PERAK

Sidang akbar selepas sesi taklimat bersama YB Dato' Nazri Ismail


Bersama YB Dato' Nazri Ismail Pengarah Yayasan Perak

Taklimat kepada YB Dato' Nazri di sampaikan oleh Tn.Hj. Ayub

Seramai 7 Jawatan kuasa MAPIM Negeri Perak telah mengadakan kunjung hormat ke atas YB Dato' Nazri Ismail, Pengarah Yayasan Perak di pejabatnya pada 10 November 2009 jam 9.30 pagi.
Kunjungan yang di ketuai oleh Tn. Hj. Ayub Mohamad, Hjh Zainun Abu Mansur, Mohd Suhaimi Mohammed Royani, Sharudin Deli, Muzakir Dimen, Mohd Hanif Abd Aziz dan Saudara Zainal telah mengadakan taklimat ringkas di bilik mesyuarat Yayasan Perak bersama YB Dato'.
Dalam taklimat ringkas MAPIM yang disampaikan oleh Hj. Ayub kepada YB Dato' menjelaskan hala tuju dan objektif MAPIM serta aktiviti sebelum ini dan akan datang. MAPIM juga menjemput YB Dato' untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MAPIM Kebangsaan pada 25 Disember 2009 di Hotel Seri Malaysia Ipoh.
Dalam ucapan balas YB Dato' dilihat berminat dengan objektif MAPIM dan menyarankan agar MAPIM Perak dapat menganjurkan satu program berbentuk seminar atau bengkel yang menjurus dalam bentuk penerangan atau bimbingan kepada sesebuah keluarga untuk mendidik anak dari kanak-kanak menuju kecemerlangan masa depan terutama remaja baru berkahwin.
YB Dato' meminta MAPIM mengemukakan kertas kerja dan modiul untuk beliau lihat dan meluluskan bantuan program. MAPIM juga diminta merangka 3 program untuk Yayasan Perak bantu dalam penganjuran dan diakhirnya beliau mengingatkan agar MAPIM menjalankan jalinan kerjasama dengan wakil rakyat kerajaan.