Selasa, 24 November 2015

Bertempat di Dewan Bunga Raya Dewan MPTI Bandar Baru Teluk Intan, pada 4 Oktober 2015 telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perak kali ke - 8. Seramai 94 orang perwakilan dari 120 orang perwakilan daerah-daerah telah hadir pada mesyuarat perwakilan tahun ini yang bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.15 petang.  Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2015 telah disempurnakan oleh Tuan Haji Khairuddin bin Tarmizi, Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri bagi UMNO Bahagian Bagan Datoh merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh dan MAPIM Kebangsaan telah diwakili oleh Datuk Lokman bin Ghani Ahli Majlis Kerja Tertinggi MAPIM Malaysia.

Majlis perasmian di mulakan dengan nyanyian Negaraku, bacaan doa, ucapan Datuk Hj. Ayub Mohamad selaku YDP MAPIM Perak, Datuk Hj. Lokman wakil MAPIM Malaysia, ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Khairuddin Tarmizi, penyampaian cenderahati kepada penceramah MAPIM Perak dan pihak sekolah serta sijil kepada Briged Putra dan penyampaian cenderahati kepada perasmi, mesyuarat dimulakan selepas perasmian pada jam 3.45 petang.