Rabu, 30 Disember 2009

PERSIDANGAN AGUNG PERWAKILAN MAPIM KEBANGSAAN 2009



























Tuan Hj. Ayub menerima cek sumbangan Yayasan Negeri Perak ke pada MAPIM Perak dari YB Dato' Nazri Ismail

Antara Barisan Perwakilan MAPIM Negeri Perak


Antara Gambar Mesyuarat Agung MAPIM Kebangsaan.
Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, pada 25 Disember 2009 telah berlansung satu sejarah bagi MAPIM Perak di mana telah mendapat mandat sebagai tuan rumah Mesyuarat Agung Perwakilan MAPIM Kebangsaan 2009. Mesyuarat yang di rasmikan oleh YB Dato' Nazri Ismail ADUN Manjoi yang juga Pengerusi Yayasan Perak telah diadakan pada jam 8.45 malam pada 25 Disember 2009 yang di hadiri hampir 200 perwakilan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada Majlis Perasmian itu juga MAPIM Perak telah mendapat kejutan dimana YB Dato' Nazri telah sudi menyampaikan Sumbangan dari Yayasan Perak sebanyak RM5000.00 yang di terima oleh Tn. Hj. Ayub Mohamad dan berjanji Yayasan bersedia membantu MAPIM Pada program seterusnya.

Khamis, 10 Disember 2009

MAPIM DAN JASA BERSEPAKAT

2 tunggak : Hj. Ayub(MAPIM), Hj. Mohamad Add. Rahim (JASA)

Pendapat di beri, Cara dibincang, Keputusan di cari , Program perasmian MB yang datang.

Perbincangan bersama antara MAPIM Perak dengan JASA

Perbincangan persedian pesiapan Konvensyen Kekeluargaan antara MAPIM dengan JASA di Pejabat JASA telah diadakan pada 09 Disember 2009 jam 2.30 petang dimana banyak persepakatan di bentuk untuk bersama di Konvensyen Kekeluargaan pada 26 Disember 2009 yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Dr. Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak.

MAJLIS KUNJUNG HORMAT KE ATAS YB MOHAMMAD ZAHIR BIN DATO' ABD KALID AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK

Antara rombongan Kunjung Hormat MAPIM bersama YB Mohammad Zahir

Majlis Taklimat MAPIM Perak bersama YB Mohammad Zahir

Ayub mengadakan perbincangan bersama Naib YDP Ibu MAPIM Perak di lobi Pejabat SUK Perak

Majlis Kunjung Hormat ke Atas YB. Mohammad Zahir bin Dato' Abd Kalid telah di adakan di pejabat beliau yang terletak di Bangunan SUK Negeri Perak pada 09 Disember 2009. Dalam Majlis itu MAPIM telah melantik YB Mohammad Zahir sebagai Penasihat MAPIM Perak. Yb Mohammad Zahir juga besedia membantu MAPIM dalam sebarang program yang di rancang dan sanggup bekerjasama jika perlu.

Selasa, 1 Disember 2009

KEM RAKAN REMAJA RAKAN PATIOTISME 2009 MAPIM























Kampar- Bertempat di Kem Rakan Muda Kampar, pada 13,14 dan 15 November 2009 telah diadakan Program Kem Rakan Remaja Rakan Patriotisme 2009 anjuran MAPIM Negeri Perak bersama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan Gerakan 4 B Kampar. Seramai hampir 150 peserta yang datang dari IKBN Seri Iskandar, Kolej Seri Ayu dan Kolej Manora mengambil bahagian yang dikelolakan oleh 17 urusetia dari IKSEP.

JAWATANKUASA PELAKSANAAN KONVENSYEN MAPIM 2009 DI IPOH

JAWATANKUASA PELAKSANAAN KONVENSYEN MAPIM 2009 DI IPOH
SELEPAS MESYUARAT DI KEM RAKAN MUDA KAMPAR

Datin Ismalina hadir sama dalam mesyuarat

Datuk mempengerusi mesyuarat di Kem Rakan Muda Kampar


Antara ahli mesyuarat yang turut hadir

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Kampar pada 14 Noveember 2009 telah diadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan persiapan Mesyuarat Agung MAPIM Kebangsaan dan Konvensyen MAPIM Kebangsaan 2009 di Ipoh Perak pada pada 25 & 26 Disember 2009 di Politiknik Ungku Omar Ipoh. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Datuk Jamil Mukmin Priseden MAPIM Kebangsaan itu turut dihadiri oleh Wakil Pengarah JASA Perak Pn. Natrah, Setiausaha Agung MAPIM Kebangsaan Tn. Hj. Aziz Ujang dan Penolong Petiausaha En. Nawawi serta Datin Ismalina Ketua Briged Putri MAPIM Kebangsaan, hampir keseluruhan AJK MAPIM Perak hadir sama.
Mesyuarat yang diadakan besemperna KEM RAKAN REMAJA RAKAN PATRIOTISME anjuran MAPIM Perak bersama IKSEP turut dihadiri oleh Sdra. Amran Alang Ahmad Pengerusi Belia 4B Kampar.