Khamis, 20 Ogos 2009

Seminar Kekeluargaan MAPIM Perak

YDP MAPIM Perak















Mapin Perak dan Hilir Perak anjur Seminar Keibubapaan Bersama PPD Hilir Perak
Seramai 400 ibu bapa sekitar Perak menghadiri Seminar Pendidikan Keibubapaan dan Kekeluargaan di Wisma Caelygirl, Teluk Intan pada 11 April 2009, anjuran Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Perak dan Hilir Perak dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Hilir Perak yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, YB En. Zainol Padzi bin Paharuddin, ADUN Sungai Manik.
YB. Zainol Padzi berkata, setiap ibu bapa perlu mempunyai pelan jangka panjang untuk keluarga terutama mengenai pendidikan anak-anak."Usaha untuk membina masyarakat yang mempunyai sahsiah tinggi bermula di rumah. Ibu bapa harus merancang hala tuju anak-anak mereka sejak lahir lagi."Seminar Keibubapaan seperti ini boleh dijadikan panduan," katanya.
Menurutnya, ”ibubapa sepatutnya tidak melepaskan semua tanggungjawab mendidik anak-anak di bahu guru dan PIBG kerana anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah. Kebanyakan ibubapa mahu melihat anak mereka berjaya tetapi mereka tidak menyumbang apa-apa kepada pihak sekolah mahupun PIBG”
Hadir sama pada majlis itu Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Perak, Datuk Zainal Abidin Omar yang membentang kertas kerja dalam Ucaptama, ahli-ahli panel forum, Presiden PIBGN Prof. Madya Dr. Mohamad Ali Hassan, PPD Hilir Perak En.Zulkurnaini Hussin dan Pengarah LPPKN Negeri Perak Tn. Haji Mohd Soib bin Hasnan, turut hadir YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan En Ibrahim bin Ahmad, Wakil Balai Polis Daerah dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah.







Selasa, 11 Ogos 2009

LAWATAN KUNJUNG HORMAT MAPIM KEATAS YAB DATO' DR ZAMBRY

Setiausaha MAPIM Perak










Hasil kunjung hormat MAPIM Perak dan MAPIM Kebangsaan ke atas YAB Dato' Dr Zambry bin Abd Kadir Menteri Besar Perak pada 11 Ogos 2009 amat memberangsangkan. MB amat setuju dengan kertas kerja MAPIM untuk mengadakan Seminar Kekeluargaan di Perak anjuran MAPIM Negeri dan Kebangsaan bersama Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Pelajaran Perak, Jasa, LPPKN , Jakim. MB mencadangkan program diadakan di Stadium Indah Mulia Perak pada awal Disember dengan penyertaan 3000 peserta.

Diantara peserta rombongan Kunjung Hormat MAPIM ialah Ahli Majlis Tertinggi MAPIM Kebangsaan Presiden Datuk Jamil Mukmin, Timb. Presiden Datuk Suhaimi, Naib Presiden Ibu Puan Nurhani, Ketua Briged Putri Datin Ismalina, Bendahari En. Mohd Khairul. Bagi MAPIM Negeri Perak diketuai oleh YDP Tn Hj. Ayub, Timb. YDP Tn Hj. A. Suhaimi, Naib Bapa Mohd Halisham, Naib Ibu, Pn. Hjh Zainun, Setiausaha Mohd Suhaimi, Bendahari Shahrul Nizam dan Pengerusi MAPIM Daerah-daerah yang juga AJK MAPIM Negeri Perak.

Dalam Ucapan YAB Dato' MB berjanji akan melantik seorang wakil MAPIM Perak dalam Jawatan Kuasa Bertindak Ekonomi Negeri Perak yang baru diujudkan

Ahad, 9 Ogos 2009

apa itu MAPIM

MAPIM adalah singkatan dari perkataan Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia.
Program akan menyusul : Pada bulan Disember 2009 MAPIM akan mengadakan Konvensyen MAPIM Kebangsaan dan Mesyuarat Agung MAPIM Kebangsaan di Ipoh, Perak.

Mesyuarat Agong MAPIM Perak ke 2

Presiden MAPIM Kebangsaan YDP MAPIM Perak



Pengerusi MAPIM Kampar









Sempena Penganjuran Seminar Kekeluargaan bersama MAPIM Negeri Perak dan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak pada 11 April 2009 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari, MAPIM Negeri Perak juga mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 2 pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang.

Mesyuarat dirasmikan oleh Y.BHG DATUK DR MOHD. JAMIL BIN MUKMIN, Presiden Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Kebangsaan dan hadir sama Naib Presiden Ibu Y.Bhg. Pn. Norhani binti Mohd Affandi, Penolong Setiausaha Kebangsaan En. Nawawi b. Haji Alias dan Setiausaha Kerja MAPIM Pusat En. Zainuddin b. Ismail. Seramai 87 orang perwakilan dari 7 daerah di Negeri Perak termasuk 20 Ahli Jawatankuasa MAPIM Negeri Perak 2008 hadir.

Dalam Ucapan majlis perasmian, Tuan Haji Ayub bin Mohamad YDP MAPIM Negeri Perak, beliau memaklumkan tidak bermaksud untuk terus kekal sebagai YDP negeri, tetapi berilah beliau masa untuk mengukuhkan MAPIM negeri terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kepimpinan seterusnya.

Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Jamil bin Mukmin, Presiden MAPIM Kebangsaan dalam ucapan perasmian memuji kejayaan MAPIM Perak yang berjaya mengadakan Seminar Kekeluargaan dan Mesyuarat dalam sehari dengan jayanya walaupun baru. Beliau juga memuji kerana Perak merupakan negeri pertama mengadakan mesyuarat dengan korum mesyuarat mengikut perwakilan daerah-daerah.

Tuan Haji Ayub bin Mohamad kekal sebagai YDP MAPIM Perak tanpa bertanding dan semua AJK MAPIM 2008 kekal termasuk Setiausaha Kehormat dan Bendahari serta melantik 3 ajk tambahan. MAPIM Perak juga telah meluluskan 2 usul, Usul Pendidikan dan Usul Kekeluargaan serta membuat Satu Deklerasi yang di beri nama Deklerasi Teluk Intan yang di serah kepada Presiden MAPIM Kebangsaan.


PENGERUSI TETAP : Tuan Haji Khalidin bin Zainal Abidin
TIMB.PENGERUSI TETAP : En. Mohd Roslan bin Baharum
YANG DIPERTUA : Tuan Haji Ayub bin Mohamad. AMP, PPT
TIMB. YANG DIPERTUA : Tuan Haji Ahmad Suhaimi b. Haji Ariffin.
N. YANG DIPERTUA(BAPA) : En. Mohamad Halisham bin Khalid
N. YANG DIPERTUA (IBU) : Hajjah Siti Zainun bt. Abu Mansur
SETIAUSAHA KEHORMAT : En. Mohd Suhaimi Mohammed Royani, PJK
BENDAHARI KEHORMAT : En. Shahrul Nizam b. Zakaria
AHLI JAWATANKUASA
1. En. Mohd Yusuf Alang Ahmad
2. En. Mohd Hafiz bin Mohd Hassan
3. En. Mohd Hanif bin Abd. Aziz
4. En. Ahmad Muzakir bin Ngah Dimin@Tahir
5. En. Sharuddin bin Deli
6. En. Abdul Rahim bin Arshad
7. Pn. Latifah Ainon bt. Haji Latif
8. En. Zamanhuri bin Yaakob
9. En. Abdul Wahab bin Haji Yusof
10. Hajjah Maimunah binti Ibrahim
11. Pn. Maziatul Hana bt. Yahya
12. En. Sharif bin Din
13. Pn. Latifah binti Ibrahim
14. En. Jaffar bin Ahmad
Juru Audit Dalaman : En. Pesri bin Khuzairi
: En. Abu Bakar bin Sharif