Selasa, 2 Februari 2010

PERJUMPAAN MAPIM & JASA BERSAMA NGO-NGO NEGERI PERAK









































Bertempat di Dewan Mesyuarat Barisan Nasional di Bangunan UMNO Negeri Perak pada 14 Disember 2010 jam 5.30 petang hasil persepakatan MAPIM dan JASA Negeri Perak telah mengadakan perjumpaan bersama Wakil Ngo-Ngo di Negeri Perak untuk mendapat maklumbalas berkenaan Konvensyen Pendidikan Keibubapaan dan Kekeluargaan 1 Malaysia yang akan diadakan pada 23 Disember 2009 di Dewan Politiknik Ungku Omar Ipoh, Perak. Sebanyak 28 wakil Ngo telah menghantar wakil dalam perjumpaan itu.

PERJUMPAAN MAPIM & JASA BERSAMA KETUA-KETUA JABATAN NEGERI PERAK

























Bertempat di Dewan Mesyuarat Barisan Nasional di Bangunan UMNO Negeri Perak pada 14 Disember 2009 jam 2.30 petang hasil persepakatan MAPIM dan JASA Negeri Perak telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua-Ketua Jabatan di Negeri Perak untuk mendapat maklumbalas berkenaan Konvensyen Pendidikan Keibubapaan dan Kekeluargaan 1 Malaysia yang akan diadakan pada 23 Disember 2009 di Dewan Politiknik Ungku Omar Ipoh, Perak. Sebanyak 12 Jabatan telah menghantar wakil dalam perjumpaan itu.

PROGRAM MEMPERKASAKAN DIRI REMAJA : PERMATA KASIH

































Bertempat di Institut Kem Dato' Sagor Kampung Gajah pada 11 - 13 Disember 2010 telah dijalankan Program Memperkasakan Diri Remaja : PERMATA KASIH anjuran besama MAPIM Kampar bersama LPPKN Negeri Perak. Perasmian perasmian program telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ayub YDP MAPIM Perak pada 11 Disember 2009 jam 9 malam. Seramai 80 remaja terpilih di kawasan Malim Nawar, Kampar berusia 15 tahun ke bawah telah menyertai program ini.

PERTANDINGAN KARAOKE LAGU-LAGU KLASIK ANJURAN BERSAMA KELAB SAHABAT PERAK FM KAMPAR, PERSATUAN BELIA 4B KAMPAR DAN MAPIM KAMPAR.



































Pada 2 Januari 2010 bertempat di Dataran Malim Nawar, Kampar telah diadakan satu pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Klasik anjuran bersama Kelab Sahabat Perak FM, Persatuan Belia 4B Kampar dan MAPIM Daerah Kampar. Acara yang mendapat sambutan menggalakan itu terpaksa di buat dalam 2 sesi iaitu sesi saringan di jalankan sebelah pagi dan 15 peserta layak ke akhir sebelah malam. Majlis yang di rasmikan oleh Tn. Hj Ayub YDP MAPIM Perak yang turut di hadiri oleh Setiausaha MAPIM Perak En. Mohd Suhaimi dan En. Hanif AJK MAPIM Perak , En. Md Yusof Alang Ahmad Pengerusi MAPIM Kampar merangkap Naib YDP MAPIM Perak dilihat dapat menampil kan bakat dan nostalgia lagu-lagu lama. Majlis penyampaian Hadiah kepada pemenang telah di sempurnakan oleh En. Amran Alang Ahmad Pengerusi Belia 4B Kampar.

MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KOPERASI MUAFAKAT IBUBAPA PERAK BERHAD


























Bertempat di Rumah Rehat Teluk Intan pada 23 Januari 2010 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Muafakat Ibubapa Perak Berhad hasil usaha bersama Jawatan kuasa MAPIM Negeri Perak untuk menubuhkannya. Kehadiran bakal ahli seramai 70 orang telah diberi taklimat ringkas oleh Penolong Pengarah SKM Wilayah Hilir Perak En. Hafiez Syafran bin Ahmad Sidi. Mesyuarat yang di Pengerusikan oleh En Zamanhuri bin Yaakob bermula jam 2 petang dan berakhir jam 4. 30 petang berjalan dengan lancar. Tn. Hj. Ayub di beri mandat memimpin hala tuju operasi Koperasi dengan bantuan En. Md Yusuf Alang Ahmad sebagai timbalan dan En. Mohd Suhaimi Mohd Royani sebagai Setiausaha serta barisan Jawatankuasa yang mantap. Koperasi ini terbuka kepada semua ahli MAPIM Negeri Perak dan sebarang maklumat untuk menganggotai sila hubungi Tn. Haji Ayub 019-4651038 / En. Md Yusuf oi2-5893326 / En. Mohd Suhaimi 019-4250366.