Rabu, 13 Januari 2010

PEMBENTANG KERTAS KERJA DI KONVENSYEN MAPIM DI IPOH


























Pembentang kertas kerja pada Konvensyen Pendidikan Keibubapaan Dan Kekeluargaan 1 Malaysia 26 Disember 2009 adalah En. Kamal Affandi, Dr. Sharifah Hayati, Ustaz Adnan, Dr. Kamsiah, En. Hamim Hisin dan Ustaz Ridhuan Tee

Isnin, 4 Januari 2010

KONVENSYEN PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN DAN KEKELUARGAAN 1 MALAYSIA









































































































































Bertempat di Dewan Politiknik Ungku Omar Ipoh, pada 26 Disember 2009 telah berlangsung Konvensyen Pendidikan keibubapaan Dan Kekeluargaan 1 Malaysia yang di rasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak. Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perak telah menempa sejarah penubuhanya apabila buat pertama kali telah di pilih menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Perwakilan MAPIM Kebangsaan pada 25 Disember 2009 jam 8.45 malam di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Bersempena dengan itu MAPIM Kebangsaan bersama MAPIM Negeri Perak dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Yayasan Perak, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Biro Tatanegara, LPPKN dan beberapa agensi lain turut serta dalam penganjuran Konvensyen itu. Pada majlis Perasmian Konvensyen itu turut dihadiri oleh YB Mohamad Zahir bin Dato' Abd Kalid Exco Pelajaran dan ICT Negeri Perak dan YB Dato' Mohd Nazri Ismail ADUN Manjoi merangkap Pengerusi Yayasan Perak, Pengarah JASA N. Perak Tn. Hj. Mohamad Abd Rahim bin Hj. Mohamed Nawawi dan Pengarah Biro Tatanegara Negeri Perak En. Mohd Shamlan bin Hj. Zabaai disamping Presiden MAPIM Kebangsaan Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin dan YDP MAPIM Negeri Perak Tn. Hj. Ayub Mohamad.
Dalam ucapan Perasmian YAB MB Perak memuji peranan MAPIM yang mengadakan Konvensyen Pendidikan kekeluargaan dan YAB MB juga telah meluluskan peruntukkan RM100 ribu untuk tahun 2010 bagi MAPIM mengadakan lebih banyak seminar kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Perak dengan berharap YB Mohamad Zahir selaku Exco Pelajaran dan ICT berbincang bersama MAPIM memberi kerjasama.

Ahad, 3 Januari 2010

PERSIAPAN URUSETIA MAPIM PERAK DAN PENDAFTARAN PERWAKILAN








































PERSIAPAN URUSETIA MAPIM PERAK.
Menjelang Sehari sebelum Mesyuarat Agung MAPIM Kebangsaan bermula, Jawatan Kuasa MAPIM Perak telah mula berkampung di Hotel seri Malaysia Ipoh bagi menyelesaikan segala tugas yang melibatkan semua AJK MAPIM Perak. Urusetia Mesyuarat Agung dan Konvensyen Kebangsaan yang di ketuai oleh Setiausaha Kehormat En. Mohd Suhaimi bersama YDP MAPIM Perak Tn. Hj Ayub turut turun padang membantu segala persiapan. Pada masa yang sama juga Perwakilan dari Sabah dan Sarawak telah sampai awal dan turut menyaksikan persiapan yang dijalankan.