Isnin, 4 Januari 2010

KONVENSYEN PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN DAN KEKELUARGAAN 1 MALAYSIA









































































































































Bertempat di Dewan Politiknik Ungku Omar Ipoh, pada 26 Disember 2009 telah berlangsung Konvensyen Pendidikan keibubapaan Dan Kekeluargaan 1 Malaysia yang di rasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak. Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perak telah menempa sejarah penubuhanya apabila buat pertama kali telah di pilih menjadi tuan rumah Mesyuarat Agung Perwakilan MAPIM Kebangsaan pada 25 Disember 2009 jam 8.45 malam di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Bersempena dengan itu MAPIM Kebangsaan bersama MAPIM Negeri Perak dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Yayasan Perak, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Biro Tatanegara, LPPKN dan beberapa agensi lain turut serta dalam penganjuran Konvensyen itu. Pada majlis Perasmian Konvensyen itu turut dihadiri oleh YB Mohamad Zahir bin Dato' Abd Kalid Exco Pelajaran dan ICT Negeri Perak dan YB Dato' Mohd Nazri Ismail ADUN Manjoi merangkap Pengerusi Yayasan Perak, Pengarah JASA N. Perak Tn. Hj. Mohamad Abd Rahim bin Hj. Mohamed Nawawi dan Pengarah Biro Tatanegara Negeri Perak En. Mohd Shamlan bin Hj. Zabaai disamping Presiden MAPIM Kebangsaan Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin dan YDP MAPIM Negeri Perak Tn. Hj. Ayub Mohamad.
Dalam ucapan Perasmian YAB MB Perak memuji peranan MAPIM yang mengadakan Konvensyen Pendidikan kekeluargaan dan YAB MB juga telah meluluskan peruntukkan RM100 ribu untuk tahun 2010 bagi MAPIM mengadakan lebih banyak seminar kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Perak dengan berharap YB Mohamad Zahir selaku Exco Pelajaran dan ICT berbincang bersama MAPIM memberi kerjasama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan