Selasa, 2 Februari 2010

MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KOPERASI MUAFAKAT IBUBAPA PERAK BERHAD


























Bertempat di Rumah Rehat Teluk Intan pada 23 Januari 2010 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Muafakat Ibubapa Perak Berhad hasil usaha bersama Jawatan kuasa MAPIM Negeri Perak untuk menubuhkannya. Kehadiran bakal ahli seramai 70 orang telah diberi taklimat ringkas oleh Penolong Pengarah SKM Wilayah Hilir Perak En. Hafiez Syafran bin Ahmad Sidi. Mesyuarat yang di Pengerusikan oleh En Zamanhuri bin Yaakob bermula jam 2 petang dan berakhir jam 4. 30 petang berjalan dengan lancar. Tn. Hj. Ayub di beri mandat memimpin hala tuju operasi Koperasi dengan bantuan En. Md Yusuf Alang Ahmad sebagai timbalan dan En. Mohd Suhaimi Mohd Royani sebagai Setiausaha serta barisan Jawatankuasa yang mantap. Koperasi ini terbuka kepada semua ahli MAPIM Negeri Perak dan sebarang maklumat untuk menganggotai sila hubungi Tn. Haji Ayub 019-4651038 / En. Md Yusuf oi2-5893326 / En. Mohd Suhaimi 019-4250366.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan