Ahad, 9 Ogos 2009

Mesyuarat Agong MAPIM Perak ke 2

Presiden MAPIM Kebangsaan YDP MAPIM Perak



Pengerusi MAPIM Kampar









Sempena Penganjuran Seminar Kekeluargaan bersama MAPIM Negeri Perak dan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak pada 11 April 2009 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari, MAPIM Negeri Perak juga mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 2 pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang.

Mesyuarat dirasmikan oleh Y.BHG DATUK DR MOHD. JAMIL BIN MUKMIN, Presiden Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Kebangsaan dan hadir sama Naib Presiden Ibu Y.Bhg. Pn. Norhani binti Mohd Affandi, Penolong Setiausaha Kebangsaan En. Nawawi b. Haji Alias dan Setiausaha Kerja MAPIM Pusat En. Zainuddin b. Ismail. Seramai 87 orang perwakilan dari 7 daerah di Negeri Perak termasuk 20 Ahli Jawatankuasa MAPIM Negeri Perak 2008 hadir.

Dalam Ucapan majlis perasmian, Tuan Haji Ayub bin Mohamad YDP MAPIM Negeri Perak, beliau memaklumkan tidak bermaksud untuk terus kekal sebagai YDP negeri, tetapi berilah beliau masa untuk mengukuhkan MAPIM negeri terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kepimpinan seterusnya.

Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd Jamil bin Mukmin, Presiden MAPIM Kebangsaan dalam ucapan perasmian memuji kejayaan MAPIM Perak yang berjaya mengadakan Seminar Kekeluargaan dan Mesyuarat dalam sehari dengan jayanya walaupun baru. Beliau juga memuji kerana Perak merupakan negeri pertama mengadakan mesyuarat dengan korum mesyuarat mengikut perwakilan daerah-daerah.

Tuan Haji Ayub bin Mohamad kekal sebagai YDP MAPIM Perak tanpa bertanding dan semua AJK MAPIM 2008 kekal termasuk Setiausaha Kehormat dan Bendahari serta melantik 3 ajk tambahan. MAPIM Perak juga telah meluluskan 2 usul, Usul Pendidikan dan Usul Kekeluargaan serta membuat Satu Deklerasi yang di beri nama Deklerasi Teluk Intan yang di serah kepada Presiden MAPIM Kebangsaan.


PENGERUSI TETAP : Tuan Haji Khalidin bin Zainal Abidin
TIMB.PENGERUSI TETAP : En. Mohd Roslan bin Baharum
YANG DIPERTUA : Tuan Haji Ayub bin Mohamad. AMP, PPT
TIMB. YANG DIPERTUA : Tuan Haji Ahmad Suhaimi b. Haji Ariffin.
N. YANG DIPERTUA(BAPA) : En. Mohamad Halisham bin Khalid
N. YANG DIPERTUA (IBU) : Hajjah Siti Zainun bt. Abu Mansur
SETIAUSAHA KEHORMAT : En. Mohd Suhaimi Mohammed Royani, PJK
BENDAHARI KEHORMAT : En. Shahrul Nizam b. Zakaria
AHLI JAWATANKUASA
1. En. Mohd Yusuf Alang Ahmad
2. En. Mohd Hafiz bin Mohd Hassan
3. En. Mohd Hanif bin Abd. Aziz
4. En. Ahmad Muzakir bin Ngah Dimin@Tahir
5. En. Sharuddin bin Deli
6. En. Abdul Rahim bin Arshad
7. Pn. Latifah Ainon bt. Haji Latif
8. En. Zamanhuri bin Yaakob
9. En. Abdul Wahab bin Haji Yusof
10. Hajjah Maimunah binti Ibrahim
11. Pn. Maziatul Hana bt. Yahya
12. En. Sharif bin Din
13. Pn. Latifah binti Ibrahim
14. En. Jaffar bin Ahmad
Juru Audit Dalaman : En. Pesri bin Khuzairi
: En. Abu Bakar bin Sharif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan