Selasa, 15 September 2009
















MAPIM PERAK MENYERTAI IBADAH KORBAN
SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA


MAPIM juga mementingkan aspek kerohanian dalam organisasi selaras dengan hasrat Permuafakatan dari pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan masyarakat bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani.

Sehubungan itu, warga MAPIM tidak ketinggalan dalam majlis ibadah korban yang dilakukan saban tahun. Seramai 300 masyarakat khariah Masjid At-Taqwa, Padang Tembak, Teluk Intan menyertai majlis ibadat korban yang dilakukan.

Tuan Haji Ayub b. Mohamad, YDP MAPIM Perak, Setiausaha dan beberapa AJK MAPIM Negeri Perak turut menyertai majlis gotong-royong dan mengagihkan daging korban kepada masyarakat setempat.

Ibadah korban ini akan menjadi satu usaha berterusan untuk melahirkan warga masyarakat yang menghayati ibadah korban demi agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan