Rabu, 16 September 2009



Ustaz Dwi Choyono






Pengerusi MAPIM Kampar










Hadirin Berselawat



Sambutan Maulidul Rasul
Anjuran
MAPIM Kampar Bersama KRT, Jabatan Belia
Daerah Kampar, Perak.


Bertempat di Dataran Malim Nawar, Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia Daerah Kampar, Perak bersama Kelab Rukun Tetangga(KRT) dan Pejabat Belia Daerah Kampar telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul pada 25 April 2009.

Penceramah jemputan Ustaz Dwi Cahyono bin Nurdin, Pensyarah di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Perak telah menyampaikan ceramah hampir 2 jam di hadapan 300 tetamu . Majlis diserikan dengan bacaan ayat Al-Quran, Selawat dan Nasyid.

Dalam ucapan aluan, Pengerusi MAPIM Daerah Kampar, En. Md Yusuf bin Alang Ahmad mengajak tetamu melupakan sejenak hal-hal politik, kerja dan sebarang sengketa untuk menghayati ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan. Turut hadir Tuan Haji Ayub Mohamad, YDP MAPIM Perak dan Setiausaha MAPIM Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan