Selasa, 15 September 2009
















Seminar Anjuran MAPIM Perak Tengah
” Ibubapa Cemerlang Melahirkan Anak Gemilang”

Seramai 200 peserta diantaranya peneroka Fecra Cangkat Lada telah menghadiri Seminar Kekeluargaan ”Ibubapa Cemerlang Melahirkan Anak Gemilang” pada 8 Mac 2009, bertempat di Kolej Komuniti Pasir Salak.

Majlis ini adalah anjuran MAPIM Daerah Perak Tengah dibawah kepimpinan Pengerusi Mohd Halisham bin Khalid. Perasmian Seminar disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Perak Tengah dan turut hadiri Tuan Haji Ayub bin Mohamad, YDP MAPIM Negeri Perak dan perasmian penutup oleh Datuk Haji Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak.

Pengerusi MAPIM Perak Tengah dalam ucapan menyatakan banyak lagi program MAPIM akan menyusul diantaranya Kursus Usahawan dan Kursus Komputer yang dirancang pada tahun 2009. Dalam ucapan majlis perasmian, Tuan Hj. Ayub menyatakan kerjasama Ibubapa penting dalam memastikan lahir Satu Generasi Anak Gemilang untuk masa depan Negara. Menurut Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah pula dalam ucapan Perasmian, peranan yang dimainkan ibubapa semasa anak dirumah dapat membantu pihak sekolah mendidik generasi masa depan.

Semasa menutup Seminar ini Datuk Haji Tajuddin melalui wakilnya memuji peranan MAPIM yang boleh membantu menyedarkan masyarakat terutama orang Melayu betapa pentingnya mendidik anak menjadi cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan