Isnin, 31 Januari 2011

MAPIM NEGERI PERAK MENGUTUK KEKEJAMAN ISRAEL







Sungai Siput, Perak : Kira-kira 70 ahli Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perak bertempat di Sungai Siput telah mengadakan demontrasi secara aman sebagai tanda mengutuk kekejaman dan kezaliman Zionis Israel menghalang misi bantuan kemanusian keatas penduduk di bumi Gaza.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Dato’ Ahmad Fakeh Adam berkata, kecaman dan kutukan semata-mata tidak menghalang kekejaman yang di lakukan Israel selagi dunia tidak bersatu dan mengambil tindakan, segala usaha kecaman itu hanyalah sia-sia.

”Kekejaman Israel memang tidak boleh di maafkan dan semua rakyat dunia tidak seharusnya hanya sekadar melaungkan kutukan sahaja, ayuh! kita desak PBB dan IOC untuk mengambil tindakan terhadap Negara Zionis ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua MAPIM Negeri Perak merangkap Naib Presiden MAPIM Kebangsaan, Tn. Haji Ayub b. Mohamed berkata, kezaliman Zionis Israel ini sememangnya mencabar dunia Islam. MAPIM Negeri Perak mengutuk kekejaman dan kezaliman yang di lakukan oleh Israel laknatullah ini keatas bumi Gaza dan misi bantuan kemanusiaan.

”Bukan hanya MAPIM Negeri Perak sahaja yang yang mengutuk kekejaman ini malah semua ahli MAPIM negeri-negeri lain akan bersama bangun melaungkan nada yang sama dalam hal ini,” katanya selepas demontrasi berakhir.

Turut serta dalam demontrasi secara aman itu, Yang Berbahagia Datin Seri Ismalina Ismail, En. Mohd Suhaimi Mohd Royani Setiausaha Kehormat MAPIM Perak, En. Ahmad Muzakir Tahir Pengerusi MAPIM Sg. Siput, Tn. Hj. Mohd Hafidz Hj. Hassan Pengerusi MAPIM Daerah Manjung dan beberapa pemimpin MAPIM lain dan AJK MAPIM tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan