Ahad, 30 Januari 2011

PARENTING@WORK LPPKN KE 3 MAPIM NEGERI PERAK
















PROGRAM KE 3 ‘KELUARGA@KERJA’ LPPKN

KELOLAAN MAPIM NEGERI PERAK DI DAERAH MANJUNG

Manjung, Perak : Bertempat di Hotel Lumut Orchard Inn, Lumut Perak , Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perak dengan kejasama Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Daerah Manjung telah menganjurkan Bengkel ke 3 ’Keluarga@kerja’ LPPKN pada 9 Ogos 2010 yang bermula dari pukul 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.30 petang.

Program yang di pantau oleh Datin Ismalina Ismail selaku Penyelaras Program Keluarga@kerja dari MAPIM Kebangsaan di sertai oleh 56 peserta dari pelbagai peringkat sektor Swasta dan Kerajaan serta suri rumah telah di dedahkan dengan pengalaman baru melalui bengkel sehari ini.

Rata-rata peserta memberi maklumbalas yang positif dengan cadangan agar program dapat diadakan lebih kerap dan penglibatan lebih meluas ke bahagian pendalaman.

Program yang di sempurnakan perasmian penutup oleh Yang Berbahagia Dr. Azizah binti Johor Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut mewakili Menteri Besar Perak dalam ucapannya juga minta program perlu di perluaskan lagi ke peringkat bawahan kerana masalah keruntuhan institusi kekeluargaan amat membimbangkan. Beliau juga bersedia untuk bekerjasama bersama MAPIM dalam program-program pada masa depan serta mengingatkan para peserta untuk mempergunakan ilmu yang di perolehi pada program ini dengan sebaik-baiknya.

Terdahulu dalam ucapan Tn. Hj. Ayub Mohamed YDP MAPIM Perak turut mempelawa untuk MAPIM membantu Yang Berbahagia Dr. Azizah dalam mengadakan program motivasi atau seminar kepada masyarakat di Daerah Manjung, Lumut dan Pasir Panjang.

Tn. Hj. Ayub juga turut menekankan bahawa sesetengah Jabatan masih ragu-ragu untuk bekerjasama bersama MAPIM terutama Jabatan Pelajaran Negeri Perak. MAPIM tidak akan lari dari objektif penubuhannya di mana untuk membantu membina institusi kekeluargaan demi masa depan bangsa dan negara., ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan