Isnin, 31 Januari 2011

PARENTING@WORK LPPKN KE 2 MAPIM NEGERI PERAK







Tambah Imej



















PROGRAM KE 2 ‘KELUARGA@KERJA’ LPPKN

KELOLAAN MAPIM NEGERI PERAK DI SUNGAI SIPUT

Sungai Siput, Perak : Setelah berjaya dengan program pertama Bengkel ’Keluarga@kerja’ LPPKN di Daerah Hilir Perak, Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perak dengan kejasama Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Sungai Siput telah menganjurkan Bengkel ke 2 ’Keluarga@kerja’ LPPKN pada 7 Jun 2010 bertempat di Dewan Pusat Kegiatan KEMAS, Sungai Siput, Perak.

Bengkel modiul ’Keluarga@kerja’ yang sama seperti di Daerah Hilir Perak di bawa ke Sungai Siput bagi program ke 2 MAPIM Negeri Perak dengan peserta seramai 65 orang. Program sehari yang di jalankan secara berkumpulan dengan 5 pembentangan modiul oleh 4 jurulatih yang berpengalaman turut di pantau oleh Datin Seri Ismalina Ismail selaku Pengerusi Penyelaras Program MAPIM Peringkat Kebangsaan. Tn. Haji Ayub Mohamed YDP MAPIM Perak dan En. Mohd Suhaimi Mohammed Royani Setiausaha Kehormat MAPIM Negeri Perak.

Majlis perasmian penutup program bengkel ke 2 ’Keluarga@kerja’ LPPKN di Sungai Siput telah disempurnakan oleh ADUN Lintang, YB. Dato’ Ahmad Fakeh Adam. Dalam ucapan perasmian penutupnya beliau berjanji akan memberi bekerjasama kepada MAPIM untuk program akan datang serta mengharap MAPIM dapat membantu kerajaan mengatasi masalah keruntuhan rumahtangga, keruntuhan moral remaja masa kini. Sebagai permulaan YB Dato’ telah meluluskan bantuan sebanyak RM 5,000 setahun kepada MAPIM Sungai Siput bagi mengadakan program.

Selain dari itu juga YB Dato’ mengharapkan MAPIM Negeri Perak dapat memperluaskan lagi program ke seluruh Daerah Kuala Kangsar kerana beliau melihat objektif program anjuran MAPIM berlainan dari sesetengah NGO. Beliau juga mengharap peserta dapat mempergunakan ilmu yang di perolehi bagi membina sebuah keluarga yang cemerlang.

Dalam ucapan terdahulu di program yang sama, Tn. Haji Ayub Mohamed YDP MAPIM Negeri Perak menawarkan kerjasama kepada YB. Dato’ selaku ADUN Lintang untuk menganjurkan beberapa program di Kawasan Sungai Siput. Beliau turut menjelaskan objektif sebenar MAPIM dan sejarah penubuhan MAPIM serta beberapa program yang telah berjaya di anjurkan oleh MAPIM Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan