Isnin, 31 Januari 2011

PROGRAM KLINIK UPSR 2010 SEKOLAH-SEKOLAH FELCRA SEBERANG PERAK







Kampung Gajah, Perak 7 Ogos 2010: Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Daerah Perak Tengah dengan kerjasama Felcra Berhad Seberang Perak dan PIBG Sk Seberang Perak telah menganjurkan Program Klinik UPSR 2010 bagi Sekolah-Sekolah Felcra Seberang Perak.

Program yang berjalankan selama 2 hari itu telah mengumpulkan seramai 150 pelajar calon UPSR 2010 dari 4 buah sekolah iaitu Sk Seberang Perak, Sk. Changkat Lada 2, Sk Seri Cempaka dan Sk Changkat Lada 3. Sepanjang program dijalankan 4 mata pelajaran menjadi tumpuan penekanan teknik menjawab kepada peserta iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains serta diakhir program satu slot motivasi kepada peserta telah di sampaikan oleh Cikgu En. Ahmad Puad b. Esa penceramah motivasi MAPIM Negeri Perak.

Hasil tinjauan dari program ini dilihat memberi kesan semangat kepada peserta yang cukup memberi penumpuan pada setiap slot serta memahami dan berazam untuk bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan.

Dalam ucapan perasmian penutup Program Klinik UPSR 2010 ini Tn. Haji Ayub bin Mohamed YDP MAPIM Perak turut mencabar para peserta agar dapat keputusan cemerlang yang di luar jangkaan pihak sekolah dan Ibubapa. Beliau turut mengingati peserta pentingnya menunaikan solat, berdoa dan mohon restu kedua ibu bapa terutama sebelum pergi ke dewan peperiksaan. Ibubapa juga harus bersama anak-anak berdoa, berpuasa dan mengadakan solat hajat untuk kejayaan anak sendiri, katanya.

Program yang diadakan di Pusat Latihan Felcra Berhad, Seberang Perak itu telah mendapat sumbangan dari MAPIM Negeri Perak dan selebihnya di sumbangkan oleh Felcra Changkat Lada.

Turur hadir di majlis Perasmian Penutup wakil Pengurusan Felcra Seberang Perak, Guru Besar Sk Seberang Perak En Alias Mohd Ariff, En. Sharif Din Pengerusi Program dan En. Mohd Suhaimi Mohd Royani Setiausaha Kehormat MAPIM Negeri Perak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan